Sunday, June 14, 2015

Jangan bagi syok sendiri lagi....

" "Cinta kita kepada Allah tidak akan pernah syok sendiri."
Saya pernah menulis, dan saya pernah juga mengatakan quote itu.
I am kinda proud of this quote of mine. It's making me happy knowing that there's someone gonna love me always. Cinta ketat sentiasa gituh.


Tiba-tiba terdetik di jantung hati saya tentang seorang jejaka ni. Not a friend of mine.

Terfikir pasal dia, ada rasa kelakar dan buat hati ini sebak. Rasa kelakar sebab dia ialah lelaki yang selalu syok sendiri dan rasa sebak juga disebabkan dirinya yang syok sendiri.
Bagaikan seorang yang gila yang tergila-gilakan anak raja. Tak dilayan, tak dipandang sebelah mata gituh.
Itu lah dia lelaki yang selalu syok sendiri itu,
Kalau saya, kalau saya dah tahu saya syok sendiri dengan sesiapa pun, i will give up. Siapa yang nak tepuk sebelah tangan? Cinta tak berbalas kot...
Tapi istilah give up dalam diri jejaka syok sendiri itu langsung tiada.
Kalau ada orang yang tergila-gilakan kita, tapi kita tak nak dia... Kadang-kadang fikir bodoh juga orang macam ini kan? Tak faham bahasa, orang tak nak terima dia, buatlah cara orang yang dah kena reject. Why still insist?
Dia dok syok sendiri, merindu dan terus merindui "a bunch of people". Terus cinta dan terus mencintai mereka dengan sebenar-benar definisi cinta. Alasan dia cuma satu, kerna CINTA.
Tahu apa itu definisi cinta?
Cinta itu apabila kita ingin orang yang dicintai itu dicintai oleh orang yang sangat kita Cinta. Yang kita cinta itu ialah Allah, sang pencipta Cinta.
Itu lah dia lelaki yang selalu syok sendiri itu,
Ingin orang yang dia rindu & cinta semuanya dicintai oleh Allah. Bukankah dengan dicintai Allah kita akan dapat jejak masuk Syurga-Nya?
Tapi, kalau pekat mana pun definisi cinta kita, tapi kalau orang yang kita cinta itu sombong dengan kita... No point juga kan?
Kesian tak dengan jejaka syok sendiri tu? Sakit hati tak dengan orang-orang yang sombong tu?
Kesian & sakit hati. Itu dalam hati?
Sakit hatilah dengan diri anda sendiri!
Bencilah diri anda yang sombong bongkak itu!
Nabi Muhammad dah mula rindu-rindu cinta dengan kau.
Sebelum kau lahir wujud di dunia, kata-kata cinta sudah terucap indah di bibir baginda untuk kau.
"Ya Allah aku rindu mereka. Ya Allah selamatkanlah mereka daripada Neraka. Ya Allah, aku akan beri Syafaat kepada mereka di akhirat kelak."
Dan apa orang yang sombong macam kita ni balas?
"Ya Allah aku rindu artis dan crush aku. Ya Allah aku jatuh cinta dengan dia, apakah dia pemilik tulang rusuk aku ini? Ya Allah kurniakanlah rumah tangga yang bahagia antara aku dan si dia."
Bibir kita basah dengan mengingati orang lain dan kita abaikan Nabi Muhammad dengan seburuk hina pengabaian.
Kita sombong!
Sedangkan basahnya bibir dan mata Nabi semata-mata kerna kita. Sudah mula menangis kerisauan akan diri kita walaupun kita dan baginda tak pernah bersua muka ke muka.
Kita abai Nabi Muhammad!
Kita buat Nabi Muhammad syok sendiri!
Kita selalu kata nak nabi kasi Syafaat, tapi selawat dalam jantung hati dah berkarat,,,
Kalaulah kita buat Nabi Muhammad syok sendiri di dunia, apakah kita akan syok sendiri juga di akhirat kelak?
Merangkak mencari syafaat dengan siapakah kelak jika tidak dengan Nabi Muhammad?
Mengapa perlu kita tergamak menjadikan Nabi Muhammad syok sendiri!?
Astaghfirullah...
Moga Allah tidak menjadikan kita asbab Nabi Muhammad syok sendiri.
Moga Allah tidak menjadikan kita sebagai orang syok sendiri di akhirat kelak.
Please, i beg you guys. Jangan buat Nabi Muhammad syok sendiri lagi. Cukuplah selama ini apa yang telah kita terlanjur lakukan.
Sebagai denda kepada kita yang pernah buat Nabi Muhamad syok sendiri, jom kita perbanyakkan selawat hari ini.
Ini denda dan anda wajib buat! (including me too!)
Sollualannabiy!"


post from fb.cdt to #Aiman Banna :)