Tuesday, March 4, 2014

Sabar ye.

"Tenanglah wahai hati, benar pilihanmu ini. Ya, sukar dan penuh tanda tanya. Namun selagi engkau yakin dan percaya, pasti Allah temukan jalan terbaik untuk hatimu bahagia.

Aku relakan hati untuk sendirian sehingga ketika ini, kerana menempuh pelbagai kisah tentang cinta yang akhirnya aku sangat yakin, sangatlah sia-sia bercinta ketika tiada apa-apa dapat aku bawakan dalam hubungan.

Aku sendirian sehingga ketika ini, tiadanya mahu mencuba-cuba dalam hal perasaan, baiklah aku menjaga diri ini, memperbaiki yang aku sendiri sedar masih terleka dan terbuai, mengukuhkan apa yang aku percaya membantu masa depan, seterusnya memberikan sebaik mungkin jasa pada insan-insan aku sayang.

Aku sendirian sehingga ketika ini, hingga takut untuk melihat gadis kerana tidak mahu kelak hak aku dilihat dengan mata jahat yang lain, aku takut ingin komen dan bermesej dengan gadis, aku takutkan diri! Takut kelak yang halal untukku juga bermesej dengan yang bukan keperluannya.

Pernah aku lemah dan tergelincir, hingga buat aku resah... dan kerana apa aku tegur kalian juga sehingga kini? Kerana aku mengingatkan diri dan aku tahu teruknya resah sebagai pendosa.

Aku coretkan ini, agar aku dan pembaca yang sama jalan denganku, semakin tabah dan kuat dalam hari-hari mendatang dalam keseorangan. Keseorangan kita tiada berteman istimewa bukan bermakna kita 'loser', tetapi kita anugerah istimewa buat seseorang yang dicipta untuk kita hingga Jannah. Indah kan?

Indah, akan aku sedaya upaya jadi bahagian indah kamu. Hadir sebagai yang kamu impi, andai tidak pada rupa, biarlah aku bahagian yang kamu rasa aman bila aku disisi, tenang bila bersua, rindu bila berjauh.

Sedang apa yang kamu rasa ketika ini, aku pohon Allah gerakkan hati kita tiadanya lalai. Sabar ye, kelak kita diketemukan, aku akan panggil kamu Bidadari Hati.

Ikhlas,
‪#‎PakarDiari‬ Hati"




*tuka ayt last dgn bidadara hatiku. :)

No comments:

Post a Comment