BERSAMA NAFAS ISLAM,
air mata yang bertakung,
cuba aku hentikan,
agar tidak jatuh dengan kekesalan.
jalanku pada hari ini bukanlah jalanku yang semalam
telah lama ku tinggalkan untuk sesuatu yang lebih baik.
kini semuanya telah berubah,
aku telah bertekad untuk memilih jalan ini.
mana mungkin aku akan berpatah balik,
kerana ketenangan disebalik pengertian namaku,
aku jumpai tika aku berada di jalan ini.
bukan jalan yang semalam.
tika aku lemah,
Allah berikan aku kekuatan dan keyakinan
agar aku terus istiqamah dan yakin pada janjiNya.
percayalah pada takdir Allah,
bahawa kamu telah ditakdirkan untuk berada dalam jalan ini.
jangan pernah kamu tinggalkan amanah besar ini bilamana
kamu rasa berat dan sangat terbeban
seolah-olah, kamu tidak mampu memikulnya.
wahai diri,
rezeki itu datangnya dari Allah,
Allah mengetahui apa yang kamu lakukan
bagaimana kamu mengisi masa-masamu.
bagaimana kamu menggunakan apa yang Allah lebihkan pada dirimu untuk jalan ini,
jangan pernah ada kekesalan dalam hati,
bila kamu terpaksa berkorban sesuatu berkenaan kamu,
demi jalan yang kamu pilih..
jauhkan rasa dan sikap kepentingan diri.
aku tidak perlu menjadi orang kaya dan senang,
bila di kelilingku ramai yang sedih,
dan ramai yang hilang arah tujuan hidup
aku lahir bukan untuk dikenali.
aku lahir bukan untuk berjaya dalam kerjaya,
tapi aku dilahirkan untuk menjadi khalifah di bumi Allah,
dalam kalangan khalifah2 yang lain.
aku tidak sepatutnya menitiskan air mata kerana sedikit kegagalan yg berkaitan kepentingan diriku,
sekiranya detik itu, aku mencapai kejayaan besar dalam bersama umat yang lain,
melaksanakan amanah yang bukan semua sanggup memikulnya..
ya Allah
aku sangat yakin dengan janjiMu,
memang benar jalan ini bukan jalan mudah,
perlukan keseimbangan emosi,
perlukan taqarrub yang sangat dekat denganMu..
berikanlah aku kekuatan iman,
agar dalam jalan ini,
aku tidak lupa
bahawa aku juga memikul amanah lain..
yang juga memerlukan pengorbanan.
maka, wahai diri yang memegang amanah,
ingatlah..
perjuangan belum selesai.
JANGAN ANGKAT BENDERA KALAH, SELAGI KAMU BELUM MARA DENGAN KEBANGKITAN SEBENAR..
JANGAN ANGKAT BENDERA KALAH, SELAGI KAMU MASIH BELUM SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA..
JANGAN ANGKAT BENDERA KALAH, SELAGI KAMU MASIH MENGHEMBUSKAN NAFAS ISLAM!!!!!!!!!!!!!
ALLAHU AKBAR!!!!
*credit to someone at fb for sharing this..=)
No comments:
Post a Comment