"Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...
Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..."
doa dari jauh walaupun nampak dekat.
No comments:
Post a Comment