Monday, December 29, 2014

Mls sdunia

what happened to me... hari malas sdunia dh nh..waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
ottokeyo...huhu
the mood didnt even come to say hai..adesss
no no no you cant be like that fadzilah!
dush3 laju2.

anyone can help me?haha.. no one but only yourself daaaa..
get up, keep striving.
basyahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Friday, December 19, 2014

Tak cantik

CANTIK ITU DI WAJAH ATAU DI HATI?

Menguap. Mata berair. Sungguh! Kelas heaven sangat sampai rasa mengantuk.

Lecturer yg dikagumi: Nowadays, women spend too much money for their cosmetic. 

Aku yg mengantuk : *Tersengguk2*
Lecturer yg dikagumi: Haa. You there.
Aku yg mengantuk : Saya? *terpinga2*
Lecturer yg dikagumi: Yes. Kamu kak long. Pakai produk apa kat muka?
Aku yg mengantuk : Err. Err. Arang batu? *krik krik*

Tertekan sebab rasa diri tak cantik? Tak putih? Hitam? Ehem! *betulkan suara*

Syair arab ada menyebut,
“Putih tak semestinya bermaksud cantik, dan hitam tak pulak bererti kotor kerana putihnya kain kafan itu menakutkan sedangkan kelambu kaabah yang hitam tu sangat menyenangkan.” *senyum kelat*

Pepatah english ada mengatakan,
“3 whites that dangerous which are rice, sugar and salt.” Naaaa! Nampak? Putih bukan benda bagus sangat pun.

Ok. nak pepatah melayu jugak? Ni saya bagi pantun. Taadaaaa!
Putih-putih hampas kelapa,
Walaupun putih di bupauga.
Hitam-hitam si tompok manggis,
Walaupun hitam di pandang manis.

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? *betulkan tudung*

Geng-geng mafia sekalian..
Cantik ke handsome ke comel ke comot ke (comot itu unik ok. ha3!) Itu semua anugerah dan pinjaman dari Allah. Jangan riak tapi bersyukur. Anytime Allah boleh tarik balik.

Apa? Takut tak dapat jodoh sebab tak cantik? Tak hot stuff? Well~ *minum milo*

Rugilah seseorang Lelaki itu apabila melepaskan seseorang wanita yang cantik akhlaknya kerana terlalu mengejar Wanita yang cantik wajahnya kerana andai kau jatuh cinta kerana rupanya, kau hanya dapat dia. Tapi jika kau jatuh cinta kerana akhlak dan agamanya, kau akan dapat dia dan Syurga. InsyaALLAH. Bi-idznillah. *kenyit mata*

Dan bagi saya pula, lelaki yang pakai baju melayu atau berkain pelekat dan dia menuju ke masjid untuk solat jemaah adalah yang paling kacak. Tak kesahlah dia rambut tak spiky ke muka tak putih ke banyak jerawat ke. Yang penting kacak akhlak dan agama. Itu definisi kacak bagi saya. Bagi anda? He3!

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan punya quote “Bagaimana aku ingin menafikan kecantikan muslimah yang menutup aurat secara sempurna? kerana mereka ini telah cantik di sisi tuhan kami. Tudung tidak pernah cantik tanpa si pemakai tudung yang ingin cantik mengikut standard CANTIK yang ALLAH TETAPKAN” *rasa terinspirasi* ha3!


Saya tutup entry saya dengan sebuah errr contengan yang entah apa-apa? *laugh*

Cantik itu di wajah atau di hati?
Cantik itu pada warna kulit atau pada peribadi diri?

Ada apa pada rupa
Kalau hati TAK seindah muka
Ada apa pada rupa
Kalau ia bukan untuk DIA

Ada apa pada rupa
Kalau hanya bawa ke arah ZINA
Ada apa pada rupa
Kalau AGAMA entah ke mana

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi, yg penting kamu cantik di mata penduduk langit dan Ilahi.. 


cdt to PDH ^^

Wednesday, December 10, 2014

Little Khaleefah

Jangan merajuk .
"Dia suka orang lain. Dia cakap tak payahlah taruh harapan sebab dia taknak. Dia anggap hang kawan ja, tak lebih."
Telefonnya dicampak ke dinding.
Terduduk .
Dia memegang kepalanya.
Ada mutiara jernih mengalir di pipi. Cintanya yang pertama, wanita pertama yang dia suka, menolaknya tanpa memberi peluang untuk dia buktikan cintanya.
Kejam.
"Woi, kau ni dah kenapa?"
Tanya temannya, Anas yang kebetulan lalu di bilik Khai.
"Kenapa Allah kejam sangat dekat aku?"
Anas tersenyum.
Kenal sangat dengan sahabatnya yang sorang ni.
Susah jatuh cinta, tapi bila dah suka, terluka. Pertama kali pula.
"Allah tak kejam."
"Habis tu kenapa Dia buat aku macam ni?"
"Apa yang Dia buat?"
Tanya Anas seolah-olah tidak mengerti.
"Kau tahu kan yang aku suka Wardah?"
"Ha. So?"
"Wardah tolak aku. Tolak sampai jatuh pulak tu. Sakit."
"Hahahahhahahahhahaha. Kelakar kau ni. Sedih aku tengok."
"Pehal kau gelak?"
"Hanya sebab ni, kau cakap Allah kejam?"
".............."
Futur.
Kadang manusia boleh hilang pertimbangan kepada Tuhan,
hanya kerana secebis ujian.
Sedih.
Siapa kita nak cakap Allah kejam?
Kejam?
Udara yang kau sedut, siapa
punya?
Nikmat kesihatan tubuh badan, siapa punya?
Makanan, rezeki kau dapat, siapa punya?
Okay bagitahu, apa yang dekat dunia ni, kau punya?
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang hendak kamu dustakan?"
Ayat di atas dipetik daripada
surah ar Rahman, Allah ulang ayat yang ni sebanyak 31 kali dalam surah tersebut.
"Takkan sebab cinta yang belum pasti, yang belum tentu kau miliki, kau merajuk dengan kerja Ilahi?"
"........."
"Okay macam ni. Umur kau
sekarang 18 tahun. Kalau kau dapat dia, apa yang kau buat?"
"......."
"Kahwin?"
Terdiam Khai.
Tak pernah dia terfikir.
"Weh kawan, kau yakin ke kau akan kahwin walaupun bukan dengan dia?"
"Er?"
"Jadi itu Allah dah tetapkan. Tapi belum tentu kau akan kahwin."
"Ayat keling apa hang ni?"
"Kalau hang mati sebelum tiba jodoh, guane?"
Tersentak Khai.
Mati ?
Amalnya belum cukup.
Cinta itu fitrah.
Jadi landaskannya pada jalan Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana Syaitan tak pernah mengalah goda kita dekati zina.
Nak dia ?
Berdoalah pada Dia.
"Bro, tulang rusuk takkan tertukar."
Dihadamnya kata-kata Anas .
Diam.
Lama.
"Weh."
"Ha?"
"Jangan tinggal aku."
"Ingat derr, hubungan kita dekat dunia akan putus bila nyawa aku dah takdak. Selagi ada, adalah aku."
"Ingat janji kau dulu?"
"Apa?"
"Nanti jangan lupa, lepak sama-sama dekat Syurga?"
"Haha, ya. Aku ingat."
Anas memusingkan badannya, membelakangi Khai. Air mata jernih mengalir di pipinya.
"Takkan nangis? hahaha."
"Mana ada. Gajah masuk mata ni."
Beringatlah.
Cintakan Pemilik Cinta, baru
cintakan peminjam cinta.
Allah dah tetapkan jodoh kita,
sejak dalam kandungan ibu lagi.
Buatpa kalut kalut peningkan kepala cari?
"Weh Khai."
"Apa tak guna?"
"Haha lama kau tak panggil aku macamtu. Em aku nak pesan ni."
"Mende?"
"Nanti bila kau dah masuk Syurga, dan kau tengok aku takdak kat sana, tolong. Gapai tangan aku dekat neraka, pimpin aku ke SyurgaNya?"
"Kau merepek ape ni?"
"Ya, sahabat yang soleh boleh bantu sahabatnya. Tolong?"
"Sepatutnya aku yang pesan dekat kau macamni."
"Sama sama pesan?"
"Haha ya. Sama sama pesan."
Kadang, tanpa kita sedar.
Persahabatan itu lebih indah daripada percintaan.
Ukhwah yang terbina kerananya, takkan pernah lekang dek apa pun.
Memori, takkan pernah hilang.
"Jom Khai, aku lapar ni. Cendol pulut bawah titi jom?"
"Macam biasa?"
"Ya, macam biasa. Aku belanja."
"Haha jom. Dah. Tinggalkan apa yang Allah tak suka, Allah akan gantikannya dengan apa yang Dia redha."
"InsyaAllah. Thanks."
Kawan?
Sampai Syurga.


one good story trjumpa kat fb.huaaa...fiza..missing you..mmg sme jek ayt dlm cte ni dgn fizanye ayt..part nh.. "Nanti bila kau dah masuk Syurga, dan kau tengok aku takdak kat sana, tolong. Gapai tangan aku dekat neraka, pimpin aku ke SyurgaNya?" huhuuu.. partner jog nsht mgila smua dh xde..sobbsss.. whatever it is..hopefully someone good friend can be there to tarik me from hell to heaven.. huhu..insyaAllah. 

Saturday, December 6, 2014

Big Hero 6

fred - honey lemon - wasabi - go go - hiro - baymax


They say we are what we are
But we don’t have to be
I’m bad behavior but I do it in the best way
I’ll be the watcher (watcher) of the eternal flame
I’ll be the guard dog of all your fever dreams
(oh...) I am the sand in the bottom half of the hourglass. (glass, glass)
(oh...) I’ll try to picture me without you but I can’t

'Cause we could be immortals, immortals
Just not for long, for long
And if we meet forever now, pull the blackout curtains down
Just not for long, for long
We could be immortals, immortals, immortals, immortals
(Immortals)

Sometimes the only payoff for having any faith
Is when it’s tested again and again everyday
I’m still comparing your past to my future
It might be your wound, but they’re my sutures

super daebak cte big hero 6 nh. lwk ade..sedih ado..huahuaa..nk dkt brpeluh gkla mata td hahahaha..tp xsmpt lg dh msuk part happy.so okayla. so i gave 4.9 out of 5 stars. wink2. mn leh bg full..kekekeke. so spe xtgk lg..pi la tgk nohh..first time tgk cte katun movies yg leh peluh kat mata.kuang2~ Alhamdulillah, thank you Allah for the happiness for today ^^


Tuesday, November 25, 2014

Ended up.

actually niat mlm ni nk cri info psl NDT dgn GPR..but end up here.
huahuaaa.
ottoke..looking at my friends..wahhh..mostly skrg byk post yg tunang dgn nk kawin.waaaaaaahhhh..super awesome.
me?
haha..dont know la..mgkn x lg kn.
hrpn..niat mst la ade..tp myb xsmpi lg. kot2 kat syurga nnt ke kn?
insyaAllah.
Allah will make it happen when the time is right. so believe.

love..what is love anyway?
dont know what is love..haha..
isnt love...
when you like someone?
when you cared about someone?
when you feel lonely when that someone is not near you?
when you feel happy by only seeing that someone?

ahaa..tu propa jek. not what i thought.haha
love..i think i cant fell lagi laa..haha..penat dah dgn cinta sia-sia nh.
tgk org lain brcinta mmg mcm best jek..tp..haha..wallahualam.
only Allah knows whats inside my heart.
myb the love to Allah must be polished first right.
insyaAllah..trying hard for it now and forever.

awat post sdh lak mlm2 ni?alahai..tempias dgr lgu jiwang la nh.hagagaga.
but its the truth..what i said and done..sometimes..people didnt recognized whether its real or not..haha..myb that someone can recognized it one day. hopefully.




Saturday, November 22, 2014

new life of anak manja...

hmmmmmm.
ape mle2 dh brdengus nh.ish3..

what can i say..this week...was my hectic+tiada arah tujuan week..huhu.. here i am..myb dh takdir. next step taken in pursuing the dream of life.
mcm mn eh..ms msuk x jgka akn jd mcm skrg..haha..
mgkin ujian kan..so kne kuat la.
hari2 doa supaya diri sendiri ni kuat kuat dan kuat.
i need to be strong for this new life.
klo xkuat lame dh rasa nak benti..huuuuuuuu~~
ottoke..ingt ibu dgn ayah kat rmh..harapan dorg..mn leh nk benti.

so here i am. standing tough wlaupun kat dlm ble2 jek leh banjir.haha
i'll stand and stand if i fall.
ade org lg ssh dr kt,,tp dorg terus kuat. den ni haa..bru jek skit..dh mgong2. ape nk jd ni fadzilah.

dear fadzilah, i know you're strong..and you can do it. bertahan jela this 1.5years insyaAllah then leh bebas dah.insyaAllah.
may Allah ease and make me strong too. insyaAllah amin.

ni mcm monolog dlmn dhh ni..haha..mmg slalu pun cmtu gk kn?
klo dr dri sndri xbhgia mcm mn nk bhgia..ehh? ape pnya ayt la tu..ntah dh ngeng2 skrg ni..just brtahan jek yg mampu. smga mndapat harapan baru kelak harapnya. amin amin amin.

this life...its challenging everyday.. you are the one that determine to face or to run from it.
i choose to face it.waaaaaaaaaaa.
basyaahhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, November 14, 2014

pursuing the dreamsss

Assalamualaikum.

Bismillah.
smga perjalanan hidup yg dipilih ni dlm redha Allah..insyaAllah.amin
growing matured not so like me..haha..but yeahh..Allah knows better. have faith.

and i can smile too right now..wink2..Alhamdulillah, thank you Allah for everything.
hopefully can get good news soon.cee..bajett angan2.. :D

harap dpt bt yg trbaik..and make ibu ayah proud again and in future too.insyaAllah. aja aja!!!

Saturday, November 8, 2014

Completely, not in between

Assalamualaikum
Aloha.
smntra tggu nk brlepas kang ni..blnja dlu stu post.haha
td tgk immortal song special michael bolton.heh.
layannnnnn..

lagu Completely by Michael Bolton.

Completely, wanna give my love, completely
I'd rather be alone than be in love just half the way
I want to find someone that I can trust, completely
Wanna give my heart, completely
To someone who'll completely give their heart to only me
And when I find that one
That's when I'll fall in love


Completely
Not half but whole
With heart and soul
Completely, not in between
But everything
Completely
That's the way it's got to be
The way I want someone to fall in love with me

Forever, wanna feel the word, forever
And know there'll be somebody there forever by my side
And when that feeling comes
That's when I'll give my love


It's all or nothing at all for this heart of mine
And I won't give up this heart until the day I find
Someone who can be
Someone who loves me


Wednesday, October 22, 2014

Not in the dictionary

Wait.
waiting.

neither one nor I like. haha.
actually waiting is not in my dictionary.
but somehow..if and only if I had this "waiting" mode..so the things/people means something for me. really precious. yeah. indeed.

when i waited for anything..it means i valued them. so do appreciate when i have this mode okay.hahahaha
weyo?
this is because i can easily get bored with things/people.haha. usually when things keep happening daily in the way repeatedly..wahhhhhh..very boring you know. 
same goes with people. im not that kind enough to wait for them to accept me. if they want to leave me..yeahh..feel free. if they want to ignore me..sure do as pleasure.. no offence. :)
but but but if im kindly and eagerly want to "wait" for that particular person..sure..they means something to me.

but now. 
im tired of waiting.
haha
annyeong waiting mode.

this life is so short anyway..i want to make it worth. insyaAllah. 

ape kes mepek mlm2 ni..haha..ksian tgk post bln10 ni bru 2 jek kn..nk tmbh laa..bianney my blog.
lg 2bln lbih nk msuk 24..ottokeeee....
gonna make my life as happening as can and benefiting. 
be someone that is great.
be someone that is helpful.
be someone that is lovely.
and most importantly be your ownself.
insyaAllah.

Saturday, October 18, 2014

Rinduness


aloha my blog!
smntara tggu zhor ni..blnja stu post.
^^

this are my in phase wavelength.
suka duka gaduh senyum dgn utm. haha.
gduh?? mst la ade..org kte..when we fight then the bond can be strengthen. eh?hahaha
but i love them soo much.
without them my years in utm will be so dull you know.
Alhamdulillah thank you Allah.

pic ni ms pi mkn steamboat smpena jamuan akhr sem la..ala2 gitu. but not smua yg join..xpela tu hak masing2.haha
so much fun and kenyang la.
but for me klo mkn mcm ni mmg knyg..tp jap jek.haha..then nnt lapa blk..
pny besa tangki kn :D

looking forward to meet them in future. insyaAllah
senyummmm
:')


Sunday, October 12, 2014

Kahwin?

" Kahwin?... belum lagi.
Bukan benci lelaki,
bukan jual mahal
tetapi masih keliru
dengan perintah agama dan
keinginan hati.

Kalau ikutkan hati
memang nak yang beragama
yang boleh bimbing aku yang lemah selalu
atau aku kena lebih beragama
dan baru cari pasangan?

Cinta memang best.
Penuh dgn irama dan warna warni
Tapi...
Perlu ada kesabaran
untuk sampai kasih ke syurga.

Sungguh aku percaya
ketentuan Yang Maha Esa.
Jodoh berdua begitulah takdir
Ya Allah, Ya Tuhanku
Pemilik cinta Yang Agung
tak henti-henti aku memohon padaMu
Ya Allah, jadikanlah cintaku padaMu
sesuatu yang paling dicintai.

Jika cinta mampu untuk kulukiskannya..
dengan penuh pengharapan
Sentiasa dalam doaku
menyimpan rasa ingin bertemu
dengan insan yang masih rahsia
dan istimewa.

Jika jodohku masih jauh
maka dekatkanlah
Jika jodohku masih diam
maka gerakkanlah
Dekatkan hati kami dalam
sebuah ikatanMu Ya Allah.

Aku yakin, jika waktunya telah tiba
atas izinMu
kebahagiaan itu
pasti akan aku dapati. "



super awesome la haiii... ^^

Wednesday, September 24, 2014

Decision made for future.


this quote always i remember. because i do put my trust to Allah. hoping everything will be wonderful in future.
kalau Allah tak beri sekarang maksudnya belum sampai lg masanya. biar lambat asal berkat.
senyum :)

lately i'd been struggling to make decision for my future.
yaa..sure its take a lot of courage and deep thinking.haha
susah woo nk decide something ni.
Alhamdulillah. i manage to survive.heee. thank you Allah for always being there for me.

there is something i discovered during my 23th years of living.. which is..when something i felt not so good in the beginning, so dont proceed with them.
why?
because at the end i'll ended feeling terrible.haha
yeah.already done the experiment.
kinda have sixth sense?err..dont know too.
hoping the sense is from Allah's guidance.
hopefully.

So here i am.
standing tough. composed. and determine.
in this life..i would like to do something that i enjoy doing..not because people tell me too or i must do them.
this life is sooooo short you know..so make it benefiting. 
i would like to apply all the nikmat Allah's given to me for my agama, bangsa dan negara. 
i would like to be someone that is great.
cita2 tu..nak tunaikan insyaAllah.
if one day i find job..its not because of money itself..but because i want to contribute something and make a different for the world.
kalau tak sikit, banyak pun okay.
nanti kat akhirat Allah tanya kat dunia dulu buat ape..nak jawab apa?haaa..fikir2kan naa..

Im happy with my life now.
may Allah ease the path that i'd chosen after so much maze journeys i'd gone through.
not so much if compare with others..but its very much happened in my life so far.haha

our own life..our happiness..our future..are in our hands.
dont make it go null.
i would like to make another attempts for my happiness. until this year i guess..i'll keep praying and chasing him.haha. chasing in the good terms. how?secreto de amor.haha. but its not like in the korean drama okay.hehss.
him?ahaa..insyaAllah if we are meant together i'll tell later.
i would like to fulfill my ambitions too.work hard and do the best. that way i'll not feel any regret later. insyaAllah.
hopefully the efforts under Allah's rahmat and love. doakan. :)
be happy with your life and try hard to make it successful. then you'll have no regret.
and be grateful always.
hidup ni manfaatkan sebaiknya. dunia ni hanya sementara..akhirat sana nanti baru kekal abadi.
Alhamdulillah, thank you Allah for everything.




Sunday, September 21, 2014

Itu ikhlas. Itu rindu.

Jangan lukakan hati saya.
Kerana saya belajar mencintai dengan ikhlas.
Bagaimana dengan ikhlas?
Dengan tidak langsung lelah untuk buat awak rasa gembira di sisi saya.






rindu itu,
antara dua.
sama ada menjadi air mata,
berharap rindu akan pudar dan hilang,
atau menjadi doa dan harapan,
agar rindu mampu menjadi sumber pahala, dan penguat diri.


cdt to PDH. :)

Friday, September 5, 2014

Why I didnt have boyfriend?

Assalamualaikum Aiman.

I broke up with my first love after a year. After that, I never had a boyfriend. Sometimes I ask myself, "Am I too ugly to have a boyfriend?" Almost all of my friends have boyfriends and when we go out, they always tell me about their boyfriends. I feel jealous.

Why does Allah do this to me?

----------

Waalaikumussalam.

Thank you for your honest question.

The desire to love and to be loved is natural. I have it, you have it, and others have it too. However, in Islam, we are taught how to love and to be loved in a way that God intends it. In Islam, we are also taught that we all have the power to make our own choices.

Hence, in this case, we can choose whether to love and to be loved the way God intends it or not. In the end, we will all live and die with the consequences of our choices, for better or for worse.

I can imagine that you are feeling unappreciated knowing that you are boyfriend-less while most of your friends are with boyfriends. I am not trying to ridicule or undermine your feelings about this subject. I acknowledge the pain. What I suggest to you is to reconsider the situation from a different perspective.

Don't be sad that you don't have a boyfriend. Instead, be grateful.

The Quran said clearly, "And do not approach zina (premarital sex). Indeed, it is an ever immorality and is evil as a way." (Surah al-Isra: 32)

Zina is a destination and there are paths that lead to that destination. Not only does Islam teaches us not to commit zina, it also teaches us not to go near it. We shouldn't even be on the paths to zina, let alone arrive at the destination. In English they have a saying, "Prevention is better than cure." In this particular case, the saying fits perfectly. We are preventing ourselves from zina by avoiding the paths that lead to it.

When you are on the path, you will eventually arrive at the destination. It might take a short time or it might take a long time, but surely you will arrive at the destination if you keep walking on that path.

One of the paths that lead to zina is this boyfriend and girlfriend relationship.

If you look at it that way, you should be grateful that Allah saved you from being on that path. Instead of feeling jealous about your friends, you should feel a sense of compassion for them and you should wish that they get off that path as well. They should be more like you, not the other way around.

This isn't to say that the people who have boyfriends or girlfriends are bad people. We don't condemn a person because of one sin. The person might be doing a sin in public, but we have no idea about all the good deeds that he or she commits in private. So we leave the judging part to Allah. But for this one particular sin, we offer our help if the person wants it and we ask Allah to open his or her heart to change for the better.

I hope that helps. Forgive me if I have said something I shouldn't have.

Allah knows best.

May Allah grant you a righteous, lawfully-wedded spouse and may you both enter Jannah together. Ameen.

p/s: You are not too ugly to have a boyfriend. You are too precious to have one.

AIMAN AZLAN"

indeed.deep. senyum :)

Tuesday, August 12, 2014

I'M SORRY, I LOVE YOU - Snow Flower .•♥•.¸¸.•♥•. Park Hyo Shin

I'm Sorry I love You

" I'm Sorry I love You "
quotes ni pernah gne suatu ketika dahulu.huahua
bru lps abis tgk cte ni daaa.. cmne tau quotes sblm tgk cte nh?hmmm..interesting2..
sad love story..nk tau pi tgk sndri keh..xbest la klo cte.haha..tp lagu dia sedapp..nk cri la nnt.



My love..unfulfilled love..haha.. ble dkenang kdg2 leh brdarah blk jugak even kte dh lpekn and xde pape.
myb somehow he is still inside? only Allah knows.
all of it now, I let Allah to take care of my heart. whatever wanna happens..just tawakal and redha..insyaAllah. :)
when my heart and my mind are not in sync.. i dont know what to do..so berserah ajela. there are times when.. my mind says im okay with it..i didnt like him bla bla but somehow deep down in my tiny heart, its aching. hoho.
so me too.. im kinda confused with myself.haha
love.....what is love anyway? can someone teach me what is love? how to love?
its happened that i cant get flying colors with this love subjects.hahaha
now I know and realized that.
when love says hai..I say goodbye. when I say hai to love, love says goodbye.
its not sad.. I still have Allah. when I love Allah..He never gives me any pain.
thats why my heart is belong to Allah..now and forever. insyaAllah.
I can never make right decision when it comes to love matter. haha

so my heart..i just hope that if we're able to find love in this world,, I do hope we both can be happy.
i dont want to cry bcoz of love anymore.
its pathetic you know.
yeaa..really pathetic.
if not..we are not meant to be happy in this world..its okay my heart..hopefully we can both be happy in hereafter..dlm syurga Allah. insyaAllah.

I dont beg people to love me.. its your choice to love me or not.
and if one day the people said they have someone already..im willingly pray for their happiness then :')
you know.. " Love isnt a choice, it came from your heart. " - Joonhee Reply 1997-

but strangely i do hope people that love me to fight for me..but i didnt fight for them? errr.
actually. i got this instinct.. wherever whoever that say they have someone already and ready to leave me.. it means myb they already move on and want to find their happiness rather than sincerely waiting for me.
so thats why..i'll let them go. :')
after so much fights i did before..i just think..if the person is not meant to be..no matter how much fights you put on to be with them..it will never be.
tu pun mnyumbang to the reasons that im surrendering to fight for anyone.
bian. my bad.

for this years.. I'd forgiven the people that made my heart ache and ached.
yes. im sincerely did forgave them.
bcoz..i want Allah to forgive me too..for all the tears that i shed for them. the meaningless tears shed when i missed them.
"them"? gaya byk sgt jek bnyi kn..haha. tu metafora la..mn leh sebut nme. malu2.haha.

i'll pray for their happiness..sincerely from bottom of my heart.
hidup ni kn xlme..buang yg keruh amik yg jernih.
please be happy everyone. :')

one day. i'll also find my true love and be happy. smga Allah redha dan dlm kasih sygnya. insyaAllah.

::: pssst. post yg agk sentimental skit ye..alahai..but its come from the bottom of my tiny little heart.



Sunday, August 10, 2014

Its about timing

Assalamualaikum.
aloha holaa.
almk.lme xmpek..haha. jom mpek jom.

alkisah.
malam ni bulan penuh. so admiringly beautiful.
Subhanallah. indah ciptaan Allah.
and hr ni genap sbln 15hr tnm anggur kat rmh. adess.
on my way to look for a part time job. mhon doakn skali ea.
trimas.

somehow stress jugak pk nk cari kerja ni..kepala berdenyut2 gk w0oo..
thats why rsnyer xnk smbung master. nk cri kje dlu. cri pglmn.
hrpnya itu yg trbaik. insyaAllah.
offer letter pun dh defer ke next year. mn tau xde kje msuk utm blk la jwbnyer.
tu plan b.
plan a cri kje..tgk k.long rmh skrg..mai aiii..beratus ribu..tu bru rmh bse2 jek..
den ni dh la nk rmh yg besa..haha.. so cmne? kne brkepuk2 gkla gaji tu rsnyer huhu
so the decision was made.
cari kerja.
semoga dipermudahkan dan dapat yg terbaik. insyaAllah.

klo kje nnt pgg dt sndri..wahh..bestnya.. leh kasi duit kat ibu ayah lak..asyk dorg jek yg kasi kn slama ni.
they are growing old.. as we are growing up.
nk jugak hasil titik peluh bg ibu ayah. insyaAllah.

okay. skit jek leh mpek..haha..idea kurg.
mklumla lme xmpek kne pnskn enjin dlu..eh??
haha

so until we meet again my lovely blog.

p/s: td tgk cte star trek into darkness.Captain krik mati..wawa..bru nk sdh knp la dorg kasi captain yg hndsome tu mati..tup2 last hidup balik..hohoo..happy! haha. okay iklan. nitez all.

Tuesday, August 5, 2014

Jadikan malam ku lebih indah

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


by Akim and The Magistrate.

syiokk lak dgr lagu ni ble dlm keta smlm.

Sunday, July 6, 2014

crawling on the road of Ramadan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah hr ni hr ke8 dh Ramadan. Alhamdulilah pnjg umur hgga saat ini.
tajuk ats ni..hmm..de maksud dsblknya. my titled for this Ramadan.
awl2 Ramadan hr tu..not feeling very well..mcm2 sakit dtg..and the latest gastrik.woah.
xtau lak slama ni ade skt tu. hmm. xpe.reda. dh mkn ubt dh Alhamdulillah okay skit dr sblm2 tu. klo x mmg sakit amat...nk jln pun bongkok2..but luckily har ke6 Ramadan hr tu dh okay. everything is fine now.

ujian..kalau Allah nk beri..tak kira masa.

thats why WAJIB ingt 5 perkara tu. and salah satunya sihat sebelum sakit. to be iunwell for several days makes me ponder and reflect a lot. be grateful always ms sihat smua tu. time sakit kn..kn larat smua nk bt ape2..terawih, baca al-Quran and so forth..amalan2 tu xrs nikmat ble kt sakit. huhu~
namun jgn ingt sakit tu alsn spya kt xberibadat dan xingt Allah. sntiasa ingt Allah di waktu susah mahupun senang.

jadi. jadi. jadi. bersyukurlah kita atas setiap kurniaanNya.
smua Allah yg punya.
tiada kita yg punya.
sekali Allah tarik balik nikmat sihat tu kn..haa..renung2 sndri.

so now. jgn bazirkn ms dgn perkara sia-sia.
hidup ni sekali aje..manfaatkn sbaiknya.
insyaAllah.


Alhamdulillah, thank you Allah for everything.

Sunday, June 29, 2014

Selamat Berpuasa Ramadan 1435H


Ramadan already say hello.
ahlan wasahlan ya Ramadan.
Alhamdulillah smpt bertemu mu lg ya Ramadan. Alhamdulillah Ya Allah panjangkn umur.
smga Ramadan kali ini lebih bererti dan bermakna.
byk kn amal2 soleh..ikhlaskn hati.
banyakkn tahajjud, sedekah, senyum dan terawih.
jgn nk kejar yg sunat tp yg wajib ditinggalkn okay. solat tiang agama.
mati itu pasti, manfaatkn sebaiknya masa di dunia ni. 
kdg2 pk gk..nnt dlm kubur sorg2..wuwuu..takut kn? pi tmpt gelap sorg2 pun takut..ni kn dlm kubur yg gelap bp kaki kat bwh bumi tu..then kne timbus. de org nk tlg? xde...cmne? hnya amal soleh, sedekah dan doa aje yg kite leh harapkn ble dh dlm tu.. :(
sma2 renungkan.
buang yg keruh, amik yg jernih.
buang yg jahat, amalkn yg baik.
happy ramadan to all ^^


 selamat menyambut ramadan :)

Friday, June 20, 2014

Balut luka hati

haha
betul betul betul kte ipin.


"Berikan ruang waktu dalam diri kamu, jauh merenung memikirkan apa yang telah dilaku.
Mahu diterus atau berhenti setakat itu. Berhenti bukan kerana putus asa, kerana memulakan hal lain lebih 
bermakna untuk kamu."

-PDH-

Sunday, June 15, 2014

The end of the examinations 2014

Finally. 15 June 2014 tepat jam 1130 td tamatlah sudah peperiksaan semester akhir bagi ijazah sarjana muda. woot22.
tak leh nak happy sangat sebab paper last tadi membuatkn ku sedikit banjir..di dalam hati.wawaa..tu Allah nak tunjuk kasi hikmah kalau paper sebelum2 ni senang tak bermakna paper last pun senang jugak.
dush3 banyak2 pada diri sendiri yang banyak bazirkan masa.sobsssssssssss.
but apa2 yang berlaku semua de hikmah. to make me back to the path. Alhamdulillah.
hopefully dapat kejayaan yang cemerlang untuk sem terakhir ni dan bersyukur +redha apa2 pun keputusannya nanti. insyaAllah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

haa.jap. tadi nak dijadikan cite lepas abis exam pencil box leh lak jatuh atas roof tu..Ya Allah. pastu pastu ape lagi mintak tolong la hero2 yang berdekatan. azim dengan baik hatinya tolong.wawa..thanks lot my friend. jasa dikenang selalu. kalau takde orang nak tolong tadi memang dah ade niat nak panjat even pakai skirt tadi.hoho
be grateful always. ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH.
viva to go the next day ni..wish me luck and pray for me too keh?
insyaAllah I'll do my best. tu harapan terakhir yang tinggal. and I'll do my very best!

"Allah beri pada masa yang tepat. Tak semestinya cepat. Untuk apa cepat kalau hanya membawa mudarat. Biar lambat asal berkat."

Allah knows better. kata pada hati..bertenang.believe.insyaAllah :')"


"Tergamak protes terhadap Allah krn dah lama doa tapi Allah tak makbulkan. Itu bererti kita belum doa - cuma meminta dgn jiwa kosong."

potong bawang.


*abaikan ayat skemA ye. tetiba rasa nak tulis penuh :p


Friday, June 13, 2014

Im not anymore

hmm.hmm.hmm.
rasa mcm nk makan org.haha
chill2 fadzilah. ingt Tuhan. ingt Allah.
somehow now im being someone that dont take care about others anymore.
cth:  

* wish hb kat fb. klo stkt nk tlis 'hb' jek..xyoh ler kn kome oooii..sbb den pun xske sgt klo org wish cekoet tu jek. i prefer doa lg. demand. so sorry guys. if you're not that important to me and never ever tegur pun kat fb tu sekadar tmbh list kwn jek..haa..mnta maaf byk2 la ye. i think im not that nice anymore.

* to love my friends too much and indeed i get hurt.haha. yg ni meme slalu jd bcoz i had big heart. nowadays. xpela..klo dorg xhrgai..mgkn Allah hargai. so i'll not get hurt anymore bcoz of them. klo dorg nk im here..klo xnk..bawak dri jola ye.. and seriously,once they do that to me and neglect me several times..klo first time im just okay..tp if dh several times..my heart mcm dh kasi alarm.. lme2 alarm pun off. meaning that i'll not cared anymore abt them. and seriously i did.

* abt something something. maaf ye delete block fb tuh. i dont want to think anymore.haha. so skrg dh peaceful dah. insyaAllah. smga bahagia la noe..

* dlu jeles gler tgk org2 stdy nh..pstu skrg dh muhasarawak dri..bt pe nk jles?xde paedah pun okay. insyaAllah i'll ive my live happily and gratefully. mgkn org lain stdy skit pstu hebat result gempak smua..tp mgkn tu bkn rezeki kt..rezeki kt kat tmpt lain ke kn..who knows..Allah knows. so keep positive and do your best.

so the conclusion is..exam quantum ahad ni woii..ape mepek2 lg kat sni..?! dush3 kat dri sndri. -__-
emo trlbih mlm nh. asif jiddan. astaghfirullah.

Thursday, June 12, 2014

New Zealand


"You are an adventurous individual who enjoys being outdoors and spending time being active. You are a risk taker and have no problem striking up a conversation with a total stranger. When you travel you love to get to know the locals, and their customs, and are always up for a challenge. You thrive in a culture where others share your deep appreciation for land, and believe life is best lived outdoors. You love a hard hike, but also love the water and are happy to spend a day beach side. You thrive in a society with diversity and appreciate a simpler way of living. You are keen on learning about cultures and customs that are different than your own, and enjoy a deep conversation, whether it be philosophical or spiritual. You are not a city dweller by any means, and definitely believe that life is something to explore and experience firsthand. This country gives you endless opportunities to live both an active lifestyle and enjoy the company of new found friends."

nh main quiz on9 td.haha. sdkit sbyk mcm de la kne..wuhooo..new zealand...one day we'll meet. insyaAllah ^^

Tunggu

"Apabila berkehendakkan sesuatu, namun Allah takdirkan 'TUNGGU', maka berlapang dadalah... Masa menunggu itu boleh jadi engkau menjadi yang lebih baik dan apa yang engkau perolehi kelak sesuatu/seseorang yang lebih baik daripada apa yang engkau mahu sekarang."



cdt to PDH. PDH nh mmg xpnh xbest dianyer posts.hoho. 
agk menusuk juge meh 
-__-
sabar.
Allah knows better.

Wednesday, June 11, 2014

Nukilan

"Aku nukilkan ayat ini buat hati pembaca yang sedang kuat bersendiri, yakinlah kelak apa yang kamu tahankan daripada berbuat dosa atas alasan cinta seperti rakan pemuda pemudi yang lain sedang hanyut terbuai perasaan, Allah akan gantikan dengan seorang yang cukup soleh/solehah untukmu berkasih hingga ketaatanmu semakin kuat pada Allah."



cdt to PDH laaa..awesome one :')

Monday, June 9, 2014

Berjuang utk cinta

 ehemmm.haha
thats why I would like to see if someone that can ever fight for me..huhu
ni baru bg ujian skit dah cepat surrender kn..
cmne gitu?
i would like to meet someone that eagerly that can fight for me and of course can accept me as i am. haha.
maklumla..den ni bkn nyer gadis mlayu trkhr gitu. uhuu.
sure, im not saying that im the best..but i just wanna live my best with the best that i can get and deserved.
insyaAllah. one fine day.
keep looking forward for that day.
sabar.
ALLAH kn ske org2 yg sabar.
trying my very best to be the one.
doakn juga ye?
:')

"A Song For Someone"

Tuesday, June 3, 2014

Tuhan ku harap sekali saja...


Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh
Aku kan menjaga cintamu di dalam hatiku
Selama bintang selalu ada di malam-malammu
Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu

Korus:
Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta, seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicintai, seumur hidupku

Dan ku berjanji
Seperti mentari yang menemani hari
Dan ku pastikan
Hidupmu tak akan pernah menangis kernaku




mula2 dgr..woot2..sedap la jugak. 
highlight skit.. 
"Tuhan ku harap sekali saja..aku bisa mencintai dan dicintai seumur hidupku.."
:')

this pic ---> cdt to Intan.hee. cilok dr Miss Intan pny blog laa..xpe ea intan?ngee~

Saturday, May 31, 2014

Pemilik Separuh Jiwaku


"Assalamualaikum ...

Apa kabarmu hari ini Si pemilik separuh jiwaku bakal suri ku... Masihkan Iman itu ada di dalam hatimu.. Masihkan engkau biarkan dirimu dalam keadaan sihat, dan masihkan engkau pergi mencari Redha Allah untuk kehidupanmu.. Meski waktu ini tidak denganku.. Aku akan berdoa untukmu sampai batas waktu kesendirian ini terputus, tak selamanya kerna jodoh itu INSYA ALLAH milik kita .. Dan kamu.. Biarkanlah kamu hanya akan menjadi CINTA dan RINDU ku . >.<


Pemilik separuh jiwaku.. 

Orang sering bertanya siapakah kamu ? bagaimana kamu ? dan dimana kamu ? Bagaimana kita bertemu dan bagaimana hubungan kita. Aku tak mengerti, kamu yang di cari atau mereka ingin mengetahui akan hidupku, atau aku yang hanya memendam rasa getar rindu tak pernah berhujung atau mungkin kamu yang di cari mereka kerana kamu ada di dekatku, atau aku yang ada di dekatmu?

 

Pemilik separuh jiwaku..

Bagaimana aku melukiskan kamu di depan mereka, akan kah mereka mengerti apa yang kubicarakan sedangkan kisahmu adalah sebuah keabsurd'an yang aku sendiri tak memahaminya. Bagaimana caraku menceritakan kamu di depan mereka sedangkan aku sendiri tak pernah bisa bercerita jika kamu adalah topiknya.

Pemilik separuh jiwaku..

Bagaimana aku bisa menjadi bahagian dari sebuah cerita itu sendiri saat mereka bertanya.. Bagaimana sesungguhnya hubungan yang kita miliki.???

Bagaimana kita ada dan disatukan dalam cerita ini, Sungguh aku tak pernah menyangkanya meskipun  aku yang selalu memintanya.

Aku sering berdoa agar jodoh kita ke syurga.. Apakah kisah ini akan berhenti pada kamu atau akan kulanjutkan dengan perkahwinan. Aku ingin belajar kehilanganmu ketika aku ingin terus mencintaimu. Aku ingin belajar menangis ketika aku tersenyum keranamu. Aku ingin belajar memendam ketika aku ingin berteriak betapa aku ingin kamu tahu betapa aku mencintaimu. Aku selalu belajar kehilangan ketika aku begitu menginginkanmu. Dan aku mula belajar semuanya kini.



Pemilik separuh jiwaku..

  
Aku ingin menghadiahkan cinta yang indah, cinta yang baik yang mungkin mereka akan berkata aku tak akan mampu melakukannya untuk kehidupan kita. "Jika orang lain mampu menjalani hidupnya dalam sebuah rumah tangga, kenapa kita tidak?".

Sekarang dengarkanlah kalian yang selalu bertanya tentang pemilik separuh jiwaku.. Aku tak pernah mengerti dia bagaimana, aku tak pernah mengerti dia seperti apa dan aku tak pernah tahu bagaimana dia hidup. Aku tak mengenalnya dengan baik, aku masih haus tentangnya , bagaimana dia menjalani hari-harinya. Dan ketahuilah wahai kalian, aku tak ingin mengenalnya jauh lebih banyak ketika aku tak pernah punya hak atas kehidupannya. Aku tak ingin mengenal dia bagaimana ketika saat ini aku tak memiliki keharusan untuk mengenalinya. Aku.. Aku bahkan tidak mengenalnya dengan baik karena aku tak pernah hidup dengannya.Dan kerna itu doakan AKU dan DIA dijodohkan hingga ke hujung hayat ke syurga.. YA ALLAH satukan lah hati kami dan satukan lah kami dengan perkahwinan bila masa yang telah kau tetapkan.



 

Dan Kamu.. Untukmu...
 

Aku tak bisa bercerita banyak tentangmu... Aku akan belajar menjadikanmu yang kedua kerna cintaku ini pada ALLAH yang utama , Aku belajar untuk meluruskan setiap jejak yang akan kita tinggalkan, Aku akan belajar menangis ketika bagaimana hati ini terpaut kepadamu semakin dalam dan semakin dalam saban hari .
 
Pemilik separuh jiwaku..

Aku tak akan memikirkan apa yang mereka katakan , atau bagaimana seharusnya aku menjalani hidupku. Aku tak akan mempercayai kata-kata mereka ketika aku harus menjalani kisah ini, Aku hanya ingin menjadi diriku sendiri, aku ingin mengubah hidupku, aku tak akan mengatakan apa yang kulakukan dengan kisah cintaku. Selama ini aku tak menjadi jahat keranamu, selama ini aku tak menjadi jahat kerana kisah yang tak pernah kutahu, malahan keimanan itu semakin kuat dihati ini dan selama aku mampu menghilangkan setiap keraguan ini, aku akan belajar terus menitik setiap rasa yang akan kutitipkan kepadamu. Aku akan mempelajarinya.,. karena itu adalah hidupku!! kerna aku mencintaimu !!


Dengarlah....


AKU dan KAMU adalah misteri yang akupun belum pernah mengerti, AKU dan KAMU adalah sebuah teka-teki yang aku pun belum mengenalnya, AKU dan KAMU adalah bayang yang ingin kupelajari hidupnya. Dan jika kalian bertanya apakah aku memilikinya.. Aku hanya akan menjawab.. Insya ALLAH bila tiba waktu nya kerna AKU sentiasa menanti penuh pengharapan dan kesetian.. dengan janjinya, dengan sumpahnya atas diriku, Sampai saat itu.. AKU dan KAMU.. masih menjadi sebuah Rahsia :).



Dan kerna rahsia itu aku sentiasa berusaha dan berusaha . dalam doa ku , ku ukir nama mu dan sujudku kuluahkan nama mu agar nanti jodoh itu milik kita. 




Dan jika benar itu petunjuk istikarah ku INSYA ALLAH pilihan ini tidak pernah salah .. "



sgt awesome bace. pnjm post naa.nk bace hr2.haha. cdt to... http://wanhazel.blogspot.com/2013/03/pemilik-separuh-jiwaku-aku-dan-kamu.html